Marilah mari,
Kita mengundi,
Tunaikan kewaijipan,
Warganegara.......
Haaa, korang semua dah register ke belum? Terutama anak2 sedara yang baru turn 21 since last election, or yang tak register/undi in the last election. Yang mana dah register tu, boleh la check kot2 nama tu ada ke dak....
Musim pilihanraya datang lagi, tunaikan hak anda. Buatlah pilihan dengan bijak, terpulang pada penilaian masing2. Yang penting, undilah dengan akal, bukan dengan perasaan....
Apa pun, besar kemungkinan, kalau Pak Lah PM declare pilihanraya dalam bulan 2 atau 3 ni, nampaknya Pak Lah yang ni tak dapat ler nak participate. Malam ni, insya Allah akan bertolak ke Germany kerana tugas. Ada testing dengan customer.
Oklah, itu saja celoteh ringkas hari ni....
-PakLah
Thursday, January 24, 2008
Wednesday, January 16, 2008
Mandi... Jgn tak mandi...
Mandi
KAJIAN terbaru berkaitan dengan mandi mendapati ia bukan saja bertujuan untuk membersihkan diri daripada kotoran, tetapi menjauhkan stress serta berperanan penting meningkatkan sistem kekebalan tubuh. Penyelidikan yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine menunjukkan penderita diabetes yang menghabiskan masa selama setengah jam berendam dalam air suam dapat menurunkan tingkat gula darah sekitar 13 peratus. Kajian di Jepun pula menunjukkan 10 minit berendam dalam air panas dapat memperbaiki kesihatan jantung terutamanya untuk lelaki.
Berikut beberapa manfaat mandi kepada individu yang mengamalkannya.
Mengeluarkan racun:
Mandi air panas sekitar 32 hingga 35 darjah Celsius membuka ruang yang dapat membantu mengeluarkan toksin. Mandi air panas membantu menurunkan tingkat gula darah, menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus besar supaya bekerja dengan baik. Waktu yang dianjurkan ialah selama 10 hingga 20 minit.
Mandi air sejuk sangat baik untuk meredakan ketegangan. Ia dapat menyempitkan darah dan meningkatkan tingkat gula darah. Suhu yang dianjurkan ialah sekitar 12 hingga 18 darjah Celsius.
Jangkitan kulit: Penyakit kulit tertentu seperti ruam atau gatal-gatal boleh diatasi dengan menambahkan soda penaik (sodium bicarbonate) ke dalam air mandian. Ia bertindak sebagai antiseptik. Isikan air ke bekas mandian dan tambahkan soda penaik dan aduk sehingga rata. Digalakkan untuk berendam selama 10 hingga 20 minit.
Selesema dan sakit kepala : Merendam kaki dalam air panas membantu menyembuhkan selsema, sakit kepala dan menyegarkan kembali kaki yang lelah. Masukkan air panas secukupnya dalam bekas sehingga menenggelamkan pergelangan kaki kemudian tambahkan beberapa titis minyak seperti lavender, peppermint atau lemon. Selepas basuh dengan air sejuk.Lakukannya selama 10 hingga 20 minit.
Insomnia : Merendamkan kaki dalam air dingin sangat baik kepada anda. Yang mempunyai masalah imsonia atau memiliki masalah tidur. Masukkan kaki sehingga ia merasa dingin. Perubatan ini berguna bagi kaki lelah,pendarahan hidung, selsema dan sembelit.
ps. Dr Rad, betul ke ni? betul kot....

Monday, January 7, 2008
Selamat Mula Bersekolah
Selamat Tahun Baru 2008 kepada semua, dan selamat mula bersekolah untuk anak-anak yang bersekolah.
Tahun ini, Hana mula sekolah Darjah Satu, sekejap saja masa berlalu. Alhamdulillah, tiada masalah semasa menghantar Hana, tambahan pula Hana memang selalu anak yang sentiasa menurut kata Papa dan Mama.
Tahun ini juga merupakan tahun untuk Adah mengambil peperiksaan utama yang pertama dalam hidupnya. Insya Allah, berkat doa keluarga sekelian, dia akan beroleh keputusan cemerlang. Sejak cuti sekolah lagi, bila teringatkan yang tahun 2008 ini, dia akan menduduki UPSR, sudah beberapa kali dia akan berkata yang dia rasa gementar. Teringat kita dulu masa kecil, seingat Pak Lah, untuk Penilaian Darjah 5 (waktu itu), tidaklah gementar sangat. Mungkin berkat doa Atuk Ton dan Atuk Bak dulu. Pernah juga Atuk Ton cerita yang dia selalunya berpuasa ketika anak-anak akan menduduki peperiksaan. Harap-harap, sekarang ini, bila sudah menjadi ibu bapa, doa kita pula sama mustajab dengan doa kedua orang tua kita, Amiin..
Tahun ini juga merupakan tahun Hafiz buat pertama kali masuk alam sekolah (walaupun cuma sekolah tadika). Hafiz ni agak manja, itu yang pelik sebab anak lelaki pula yang terlebih manjanya. Agak susah untuk memujuk dia untuk ke sekolah. Bermacam alasan diberi (baju tak cantik, kawan tak ada, .... cerdik jugak dia boleh memikirkan alasan ... he he Papa dia perasan anak cerdik... insyaAllah). Akhirnya dapat juga pujuk dengan mengatakan untuk pergi bermain gelongsor di sekolah! Bila sudah sampai di sekolah dan berjumpa kawan dan mainan yang ada di kelas, lupa nak balik pulak! So, Alhamdulillah, semua berjalan lancar.
Oklah, siapa lagi ada coretan tentang zaman mula sekolah?
-Pak Lah

Sunday, January 6, 2008
Amalan bulan Muharram??
Bagus untuk dibaca website Samudra Rohani untuk mendapat sedikit penjelasan.
Amalan yang paling sahih pada bulan Muharram dan juga 10 Muharram ialah berpuasa. Nas berpuasa bagi Hari Assyuura . Manakala berpuasa secara umum pada bulan Muharram ialah:
أفضل الصيام بعد شهر رمضان صيام شهر الله المحرم - رواه مسلم/1163 .
"Seafdal-afdal (sebaik-baik) berpuasa selepas bulan Ramadan ialah bulan Al-Muharram"

Saturday, January 5, 2008
Salji di Lancaster
Friday, January 4, 2008
Takziah Pak Yunus & Mak Gayah
“Dan Kami pasti akan menguji kalian dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Dan sampaikanlah kabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (Yaitu) Orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata inna lillah wa inna ilaihi raji’un (sesungguhnya kami milik Allah dan sesungguhnya kepada-Nya kami kembali)”.
(QS. al-Baqarah ayat 155-156)

structural engineer (aka Pak Shid) tgh buat inspection...

lampu jalan kat luar, sampai berderai jatuh

yang ini gambar dari atas, memandang ke arah simpang masuk ke jalan topaz

observe the way the retaining wall is being constructed.... no foundation beam!

observer the size of the metal used for reinforcing the concrete

this one is the other end of the broken section.. again observe the way the wall was constructed

this is the side that used to connect the broken wall

* gambar dan nota kaki adalah ihsan Pak Lah.
Subscribe to:
Posts (Atom)
.jpg)
.jpg)